Sunday, September 11, 2011

STRATEGI MENGINGAT


Ingatan merupakan modal terpenting bagi seseorang pelajar. Adakah anda cemburu kepada rakan anda yang dapat mengingat apa yang mereka baca. Adakah anda memikirkan mengapa anda sukar mengingat fakta atau formula yang mudah. Mungkin anda tidak tahu cara bagaimana untuk menyimpan ingatan yang lebih lama. Berikut adalah tips strategi mengingat :
1.                  Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik merupakan pengurusan lakaran visual yang membolehkan maklumat diingat dengan mudah dan lebih lama. Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik :


i.                     Carta : Anda boleh menggunakan pelbagai jenis carta untuk menyusun maklumat seperti carta kotak (susunan peristiwa), carta Venn (banding beza), peta konsep (perkaitan idea), carta alir (turutan peristiwa) dan garisan masa (turutan tarikh dan masa bersejarah).


ii.                   Jadual : Jadual membabitkan susunan lajur dan kolum. Berguna untuk mencatat kronologi, peristiwa, fakta geografi, fakta sains dan seumpamanya.


iii.                 Catatan fakta : Nota berupa fakta utama dan fakta sokonganserta huraian ringkas mengenai topik. Dibuat dalam ayat sendiri dan mudah difahami secara ringkas dan padat.

2.                  Lakaran Melalui Ilustrasi

Tidak mudah untuk anda mengingat keseluruhan isi kandungan mukasurat berdasarkan tulisan semata-mata. Selepas anda membaca keseluruhan halaman, anda telah mendapat gambaranperkara yang anda baca. Anda boleh menggambarkannya dalam bentuk ilustrasi atau lakaran gambar agar mudah untuk mengingat.

3.                  Teknik Mengingat

i.                     Nimonik : Mencipta perkataan atau huruf untuk anda mengingat senarai atau beberapa perkara seperti tempat, fakta atau sesuatu kejadian. Contoh untuk mengingat tahap-tahap kehidupan serangga – Egg, Larva, Pupa dan Adult (Every Lady Picked Apples).

ii.                 Ulangan Lisan dan Tulisan
Mengulangi kata-kata atau maklumat dengan tulisan atau secara lisan akan menguatkan lagi ingatan terhadap perkara tersebut. Pelakon skrip drama biasanya menggunakan kaedah ini untuk mengingat. Mereka menghafal sesuatu skrip berpuluh-puluh kali dan kaedah ini berjaya. Anda juga boleh merekod melalui rakaman dan ulangi mendengarnya.

iii.               Kod Imbasan
Jika anda ingin mengingat tentang sesuatu definisi atau konsep anda boleh menulisnya di kad-kad kecil. Halaman depan kad dituliskan definisi atau konsep tersebut manakala dibelakang huraiannya.

iv.                Bantuan Rakan
Ajak rakan sekelas membantu anda mengingat. Lakukan aktiviti kuiz, lakonan, membacakan semula, menyemak fakta dan seumpamanya.



No comments:

Post a Comment